Media Pengumuman & Program Pengumuman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’ Seri/ Dato'/ Datuk/ Tuan/ Puan,

CABARAN BIOBLITZ FELDA

π‰πŽπŒ π“π„π‘πŽπŠπ€πˆ 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐍 π‘π„πŠπŽπƒπŠπ€π πŠπ„ππ„π‹ππ€π†π€πˆπ€π π’ππ„π’πˆπ„π’ πƒπ€π‹π€πŒ 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 ππˆπŽππ‹πˆπ“π™ 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ’

Sempena Hari Peneroka 2024, mari bersama-sama merekodkan kepelbagaian flora dan fauna yang ada di FELDA melalui Cabaran Bioblitz FELDA!

𝑨𝒑𝒂 π’Šπ’•π’– π‘©π’Šπ’π’ƒπ’π’Šπ’•π’›?

Bioblitz merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk mengenal pasti dan merekodkan sebanyak mungkin spesies hidupan dalam satu kawasan dalam masa yang ditetapkan. Cabaran Bioblitz FELDA ini diadakan bertujuan mengajak warga FELDA mengenali kepelbagaian biologi yang ada di FELDA dan menekankan kepentingan pemuliharaan alam sekitar yang sekaligus mendukung Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022 - 2030.

Marilah bersama-sama menerokai kekayaan biodiversiti di FELDA. Muat turun aplikasi iNaturalist dan sertai projek Cabaran Bioblitz FELDA mengikut wilayah. Peserta yang memuat naik spesies yang terbanyak dan menemui spesies yang menarik akan berpeluang memenangi hadiah.

Jangan lepaskan peluang ini!

Klik pautan ini untuk maklumat lanjut https://linktr.ee/cabaranbioblitzfelda

Poster Bioblitz

Tarikh Tutup : 30 JUN 2024

#SegalanyaFELDA #MenjelangHPF2024

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1